Monday 6 May 2013

Resepi Mee Jawa Sarawak Simple

RESEPI MEE JAWA SARAWAK SIMPLE

Pengenalan


Resepi Mee Jawa Sarawak simple adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal dan dialu-alukan di Malaysia. Mee Jawa pula adalah masakan gandingan mee dan telur rebus sahaja pada ketika dahulu dan digelar sebagai mi jawa atau mee jawa, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama dengan rempah ratus, belacan dan udang kering. Bahan utama asas adalah udang kering, memang rasa pekat kuahnya mengukur kesedapan semasa bersantap.


Di samping itu, Mee Jawa juga akan menjadi lebih menyelerakan dan sedap mengikut citarasa dengan menggunakan banyak udang kering sebagai kuahnya. Mee Jawa turut menjadi makanan yang digemari ramai di seluruh Malaysia disebabkan rasa yang istimewa selepas bercampur dengan kuah udang kering atau air rebusan udang yang enak dan lazat sekali. Perencah lain-lain seperti daging, ayam, bebola ikan, sotong atau hati rebus boleh dimasukkan mengikut kreativiti sendiri.


Resepi Mee Jawa Sarawak simple merupakan satu masakan yang hampir menyerupai Mee Rebus di Malaysia. Rasa dan kepekatan mee tersebut dapat menarik hati pelanggan untuk menikmati makanan ini. Daun-Daun sup yang bertaburan akan menambah lagi aroma kepekatan dan elemen campuran dalam Mee Jawa. Mee Jawa terkenal bukan sahaja dari keenakannya tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya yang dapat menambahkan keistimewaannya yang tidak dapat dibanding. Mee ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran.


 


Resepi Mee Jawa Sarawak
Bahan-Bahan untuk Resepi Mee Jawa Sarawak
(Sesuai Untuk 7-8 orang makan)


500 ml air rebusan udang
150 gm keledek (direbus dan dilecek)
150gm daging (direbus dan dihiris nipis)
120gm udang segar (direbus)
60ml minyak masak
1 liter air rebusan daging
2 biji tomato (dihiris kecil)
2 sudu makan tepung jagung
150 ml air (bahan bewarna biru dibancuh)
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


Bahan-Bahan Sampingan

500gm mee kuning (dicelur)
150gm tauge
2 keping tauhu (digoreng dan dihiris dadu)
4 biji telur rebus (dibelah kepada dua)
2 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 tangkai daun bawang
4 tangkai daun sup (bahan bewarna biru dihiris)
5 sudu makan bawang goreng
5 biji limau kasturi (dibelah kepada dua)
Sotong

 

Bahan-Bahan yang Dikisar

40gm udang kering (direndam)
3 ulas buah keras
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1cm halia, kunyit hidup dan lengkuas
2 sudu makan kacang tanah goreng
1 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam


Bahan-Bahan Hiasan
 
3 keping tauhu goreng (hiris sehingga nipis)
Daun sup dan bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau kasturi/ limau nipis


Bahan-Bahan untuk Cili Jeruk


5 tangkai cili hijau
2 tangkai cili merah
Cuku secukupnya


Sos yang boleh dicampur di dalam Mee Jawa
(Ikut kegemaran masing-masing)


Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Sos cili pedas
Sos cili bawang putih
Sos cili thai


Sayur-Sayuran
(Untuk orang yang suka makan sayur)


Tomato puree
Lobak merah
Brokoli
Sawi
Kubis bunga
Sengkuang



Cara-Cara untuk Menyediakan Resepi Mee Jawa Simple 

1) Pertama sekali, celurkan mee kuning, panaskan minyak di dalam kuari, kemudian tumiskan bahan kisar yang dicincang halus sehingga naik bau dan garing.

2) Masukkan cili kering dan biarkan sehingga naik minyak sebelum masukkan udang kering.

3) Masukkan udang kering yang telah dicampur sehingga naik bau.

4) Kemudian, masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan campuran tersebut. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

5) Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji dengan sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/ separuh masak dengan mengikut citarasa. Akhir sekali masukkan daun bawang.

6) Tutupkan api dan curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/ limau kasturi. Siap untuk sedia dimakan.

Tips: Pelbagai jenis bahan, perencah, sayur, kuah dan sos juga boleh dicampurkan dalam Mee Jawa dengan mengikut suka hati dan kesesuaian masing-masing.


Cara-Cara untuk Membuat Kuah

1) Sendukkan mee jawa secukupnya dan campurkan dengan air di dalam periuk.

2) Didihkan sehingga mee jawa naik ke atas periuk (kepekatan bergantung kepada citarasa masing-masing).

3) Masukkan batang bawang, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

4) Kecilkan api sebelum masukkan telur satu persatu. Agak-agak secukupnya tiga suku masak, keluarkan telur dan letak dalam pinggan berasingan.

5) Akhir sekali masukkan udang dan daun bawang. Tutupkan api dengan segera.

6) Letakkan telur semasa dihidangkan.

Tips: Rasa kuah Mee Jawa akan menjadi lebih manis dan pedas jika menggunakan lebih banyak udang kering untuk memekatkan kuah.


Cara-Cara untuk Membuat Cili Jeruk

1) Hiriskan cili tebal-tebal sehingga nipis

2) Kemudian rendamkan dengan cuka di dalam bekas yang bertutup.
(Sesetengah orang rendamkan cili dengan air panas kemudian baru masukkan cuka)

Kesimpulannya, Resepi Mee Jawa Sarawak simple juga ditambah dengan banyak bahan seperti udang, daging, keledek dan sayuran untuk menambahkan kelazatan dan keenakannya. Mee Jawa Sarawak yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah diakui dan diketahui ramai Mee Jawa asli yang berasal masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.

Mee Jawa boleh didapati di restoran-restoran dan kedai-kedai makan yang terkenal di seluruh pelosok Malaysia. Ramai penduduk di Malaysia suka merasai dan menikmati resepi Mee Jawa Sarawak simple yang mempunyai perisa bercampuran kepedasan dan kemanisan.